Minggu, 10 April 2011

JUJUR itu INDAH

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalangi cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian.
Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam keadaan apapun. Ibunya membekalkan uang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.